Friday, 4 October 2013

Pandang ke belakang - Trip to Wang Kelian - Krabi - Hatyai

Syukur ke hadrat Ilahi, aku masih mampu melungsurkan tangan aku di atas papan kekunci ini. Okeh, hari ini ceritanya adalah ke WANG KELIAN - KRABI - HATYAI dengan hanya menggunakan sebiji kereta. Gunakan apa? Sebiji kereta sahaja. OK.

Trip kali ini adalah I bersama-sama dengan along dan kakak ipar termasuk puteri dan putera mereka. Trip ini memakan masa tiga hari dua malam. 

Pertama sekali sebelum ke Krabi, kami buat tempahan hotel menggunakan laman web AGODA. Kenapa Agoda? Sebab senang dan tidak akan menyusahkan kami apabila berada di sana. Semasa raya ke-5 tahun 2013, kami telah bertolak ke Krabi menyusuri Wang Kelian. *Untuk pengetahuan kawan-kawan, jalan ini lagi short cut dari guna jalan dari Padang Besa mahupun Bukit Kayu Hitam. Awas, benda pertama sekali apabila travel ke negara orang. Anda perlukan 

  • pasport
  • geran kereta (if bukan kereta sendiri, sila buat surat pengesahan boleh bawa kereta tu.)
  • insuran kereta (dari negara tersebut)

Kemudian makanan secukup rasa, bukan apa. Kat tempat orang nih, makanan banyak. Tapi mencari yang halal itu payah sangat. 

Okeh, di bawah ni.. List yang aku penah buat kat album foto aku di FB.

Family trip to Krabi Thailand!

Petrol dari Wang Kelian ke Krabi - RM60 (full tank kereta masing-masing)
Petrol sekitar Krabi - Malaysia balik - RM130 (Petrol sana lebih kurang RM4/liter)
Hotel boleh dapat sekitar RM50 ke atas. (Tempah dan bayar di Agoda.com)
Long tail boat empat pulau 2000bath (boleh naik maksimum 15orang - kena pi tempah dekat Nopparattara Beach tu. Lagi murah)
*atas bot tu - nak guna snorkelling google 50bath - bawak ler sendiri 
*turun kat pantai - kadang2 ada org minta duit
*makanan bawa sendiri - air semua
*perjalanan sekitar pulau2 lebih kurang 4 jam

if nak lagi extreme boleh lah pi Phi Phi Island - naik Gajah ke - *nak murah kena pi agent dekat hujung pantai/ signbord pink - kira pi Phi Phi Island naik Speedboat baru rm80 seorang.

makanan kat sana agak mahal kalau kedai-kedai yang proper tu. if nak murah, pi beli bungkuih depan hotel yang gerai kecik2 tu. masa operasi dari pg smpai ptg. kira dari aonang nak ke nopparattara tu. ada gerai kecik. sedap pun sedap.

benda yang perlu ada untuk ke THAILAND dengan KERETA
*passport masing2
*lesen memandu
*salinan geran kereta
*surat kebenaran - kalau kereta tu bukan kereta sendiri
*insuran siam (RM18 / 9hari - nak cover org dalam kereta RM80)
*duit tukar siap2 kat sempadan kita. kat sana depa cekik darah macam orang gila.

errrrrr... lyn la sekeping dua gambar! hahaha. my very beautiful family.. =)





1 comment:

  1. Amik insurans keta utk ke thailand..kat mane?ade kaunter ke area border wang kelian?

    ReplyDelete