Tetiba hari ini aku nak pos resepi Ketam Telur Masin yang aku buat hari itu.
*ini gambar aku copy je. gambar masak hari tu aku tak amik pun. biasalah. telepong tak canggih.
okeh. aku masak guna ketam nipah. ketam nipah nih bukan ketam batu tau.
*ok, ketam nipah sebelah kiri.. ketam batu sebelah kanan.
aku beli ketam nih dekat jln dari Kuala Perlis nak ke Sungai Baru. Harga rm20/kg. taktau la mahal ke idok. first time beli ketam ngan duit sendiri. hahaha. ok. bahan-bahan nak buat Ketam Telur Masin ini adalah
ketam
bawang putih
bawang merah
serai
cabai melaka
telur masin (yang tak rebus lagi no)
sos cili siam cap ayam
*nih sos tersebut.
okeh-okeh. cara nak masak dia senang sangat. semudah ABC. btw, anggaran nak masak tu, pandai-pandai la bajet sendiri, pasai aku nih style masak memang campak2 jaaa.
pertama sekali. goreng ketam tu sampai masak.
asingkan.
then, tumis bawang merah, bawang putih, cabai melaka yang dah ditumbuk. *aku tumis ngan butter sebab nak bagi rasa butter tu. sedap ok. then, ketuk serai. masukkan. tumis2 sampai cabai masak, naik bau yang menyelerakan. masukkan sos siammmm cap ayam tu. if tadak boleh try sos lain, mak tak kesah nok. hahaha.
kemudian, pecahkan telur masin dalam tu. okeh. anggaran dia camnih. sekilo ketam, dua biji telur masin. *untuk faktor-faktor keselamatan, silalah pecahkan telur dalam mangkuk lu, baru masuk dalam kuali, takut telur tu dah tak elokkan. nanti rosak semua masakan anda.
after that, kacauuu kacau kacau. sampai telur masin hancur lam kuali tu. pastu bolehla masukkan ayaq/air/water untuk memastikan ada kuah. takmau kuah pun takpa. tak kesah. tapi berkuah lagi sedap. haha.
akhir sekali, boleh la try masukkan daun limau purut, kalau ada, tadak pun ok. pastuuuu, ketam yang dah digoreng, boleh masukkan dalam kuah tu, takpun siram sahaja. then SIAP!!
InsyaAllah, masak dengan hati. semua makanan akan sedap. percayalaahhhh. =)
selamat mencuba.
Syukur Allah sayang.


No comments:
Post a Comment