Hari nih post untuk melihat balik ke belakang trip Malwirawati ke Vietnam.
![]() |
| Inilah malwirawati. |
Benda paling penting bila di Vietnam adalah kekuatan kaki dan juga mental. Sampai-sampai kat airport tu, jangan tertipu dengan teksi2 luar Airport. Ambil teksi jenama Vinasun jek. Murah dan berbaloi. Ingat, pastikan dah print siap-siap alamat untuk ke hotel bagi memastikan tiada komplikasi semasa perjalanan nanti. Tambahan, mereka nih tak la fasih cakap inggeris, tak pasal2 jadi ayam dan kucing nanti. Jangan risau, transportation kat sana murah dan berbaloi walaupun harga minyak sana tinggi.
Bab makan, aku suggest dua kedai nih. Kedai yang murah dan jimat adalah kedai kat Ben Tanh tu. Alamak, tak ingat lak. Kedai haji apa ntah. Makan la pho dia. Sedap weyh... Satu lagi kedai yang best dan sedap. Vietnam Delight! Itu memang terbaik, tak yah cakap laaaa. Harga memang untuk makan ja sekepala dalam sorang RM30. Oleh yang demikian, bawalah makanan kering seperti megi, bubur segera, roti, tuna, n many more... macam aku, beg masa nak pi. memang penuh makanan. yang lain hanyalah sehelai baju, suar dan yang penting2. baju lain aku beli kat sana. hahahaha~
Hotel seeloknya ditempah dahulu ye rakan-rakan. Satgi tidur kat luar kedai lak.. Aktiviti kitorang kat sana adalah ke Mekong, Chu Chi Tunnel, Cao Dai Temple. Okeh, Semua aktiviti kitorang cari kat agensi kat sana.. Lagi bberbaloi dari pakai agensi kat sini. Pengembara beg belakang kaan. So kena la adventureeeee!
![]() |
| Ini tempatnya, nak book siap-siap bolehla amik email kat board tu. |
apa-apa pung, mu cari, jalan pusing2 sendiri kat HCMC tu. baru adventure. Kahkahkah.
Tips kat HCMC:
1. Tukar siap2 duit RM to USD kat Malaysia.
2. Nak tukar dong, tukar kat sana jek. lagi huntung.
3. Bawa diri baik2.
4. Bawa makanan banyak2 melainkan kau orang kaya baru.
5. Kat pasar, ko bargain kaw2. kalau harga seratus, mintak 30 ja. smpai dapat harga yang cantik.
6. kopi sana terbaikkkkkk! tlglah minum, beli bungkus kat aku satu. amikkkk kopi Trung Nguyen. Gilaaa arrr. sedap kot.
7. teksi amik Vinasun nooo.
8. cari kedai makanan halal yang betul2.
9. jangan sombong dengan orang.
itu aja lah setakat ini. yang penting, sila bawa duit yang banyak untuk beli baju kurung, telekung kat sana. nanti kau akan menyesallll tak sudah. percayalah.
special dedication untuk kak rose, yang kami jumpa kat sana, banyak bantu kami semasa di HCMC. =)
![]() |
| abaikan orang depan tu. |
![]() |
| dengan Nozomi Saito |




freeewitt!
ReplyDeleteHye dear.... thanks pos tips ni.. anyway boleh tawu brp total bajet u kt sana icluding shopping.. hotel and ticket... rm 2000 for 2 person..ckp tak...? Ingt nak stay for 3 hari 2 malam. Tq ya for sharing
ReplyDelete