Tuesday 15 April 2014

Cinta itu terlalu subjektif

Kadang, kita kata kita cinta. 
Cinta hingga tiada lagi cinta.
Yang mampu menanggung rindu.

Tapi, sedarkah kita?
Cinta itu menyakitkan. 
Bila semua yang indah tukar jadi nista.
Bila yang baik jadi keji.

Tahukah anda, setiap yang putus cinta itu.
Perlu bangun dari sakit yang dirasa. Bukan sekejap. Tapi sakit yang tersimpan dalam setiap sentimeter hati. 
Setiap hari meraung kesakitan.
Ya, hati manusia itu.
Suci. Dan juga keji.
Hati manusia itu,
Berubah bila benci.

Aku pernah cinta! Dan aku rasa, cinta itu hanya indah hatta semua berjanji untuk setia. Tapi malang bagi setiap manusia yang indah, bagi manusia yang terlalu harapkan cinta, yang dahagakan setiap kasih dari orang lain. Tapi, didustakan, diduakan. Malah, berkongsi rasa kasih yang sama.

Aku kecewa dengan sikap manusia.
Tapi, siapa aku untuk terus kecewa. Sedangkan aku hanya setitik noda di atas muka bumi ini. 
Ya, aku berdosa. Dan tiap kali aku ingat sakit cintaku, aku hadiahkan AlFatihah kepadanya.

AlFatihah.

P/s: Jangan pernah bermain hati dan perasaan orang. Dunia sekarang dibayar tunai. Bukan lagi hutang. Ya, jaga hati orang yang pernah menjaga hatimu.

Thursday 10 April 2014

Sahabat

Dalam kita asyik dengan cinta kita. Kita terlupa, sahabat yang ada untuk diri kita.

Ya, sahabat.

Saya antara yang lupa, saya pernah cintakan cinta melebihi cinta itu sendiri. Saya lupa, hadirnya setiap orang sahabat. Yang ada untuk saya. Yang sentiasa memberi sedetik semangat dan mengisi kekosongan dalam hati.

Semua orang sangat sibuk bila tiba masa untuk bercinta. Sibuk dalam percintaan mereka. Sibuk dengan setiap kali mereka berasa bahagia. Ya, saya pun begitu kala bercinta.

Semakin sibuk kita dengan cinta kita, semakin kita lupa, wajah yang senantiasa ada untuk kita. Saya adalah manusia itu. Manusia yang sibuk dengan cinta. Manusia yang jelik bila putus cinta.

Sahabat, saya minta maaf. Maaf atas kesibukan cinta yang tidak pernah jamin kebahagiaan. 

Semoga kita menjadi lebih berhati-hati dengan rasa cinta itu. 

Like my one best friend said. Kenapa kita perlu letakkan cinta dalam perhubungan persahabatan, sebab bila kita dah tidak cinta. Sahabat itu juga hilang saat kita putus cinta.

Selamat Jumaat. 

P/s: cinta bila sudah kahwin more better kan.

Monday 7 April 2014

Aku adalah aku.

Aku jatuh cinta.
Ya. 
Dan aku sangat sangat cinta cinta aku lebih dari cinta itu.

Malangnya, aku dah tewas. Tewas untuk cinta itu. 

Cinta. Jaga diri selalu. 
Sebab cinta aku itu.
Cinta melebihi aku.

Maaf, aku masih lagi hamba yang calar hatinya. Kuatkanlah setiap inci hati ini Allah. 


Tuesday 26 November 2013

Trip Kota Kinabalu (3 Hari dua Malam)

Alhamdulillah, syukur hadrat Ilahi dapat melanding dengan selamat di LCCT tepat pukul 12 mlm 24/10/13.

Okeh, hari nih saya nak cerita trip DUO ke Kota Kinabalu Sabah.

Tempahan tiket ke Sabah dah dibuat 2 bulan sebelum terbang. Biasalah, masa AirAsia buat sale, barulah nak buka tup tup terus tempah. BTW, trip kali ni sepatutnya lone ranger, tapi jadi berdua pulak. Apa-apa pung, KK memang best!!

Okeh, harga tiket yang saya dapat untuk ke sabah - RM142. Bertolak pada Isnin 21.10.13.

Kami juga dah buat tempahan hotel terlebih dahulu dekat Booking.com. Hotel yang kami tempah adalah hotel Bilton Inn betul-betul dekat dalam bandar lama Kota Kinabalu.

Bilton Inn semalam RM62. Menetap dua malam.

Pada pendapat saya, untuk backpackers mcm kami nih. Oklah hotel nih. Walaupun kena naik tangga bertingkat-tingkat. Bilik bersih tapi agak oldies sikit. Dan yang paling menariknya kat KK nih adalah kesusahan nak mencari parking. Ya Allah, hati mau kuat dan tabah bila cari parking kat sini. Tambahan pula hotel tengah-tengah pekan. Memang payah bebenar laaa. Kebaikkan hotel ini adalah dekat dengan kedai runcit 24jam, KFC (*berlambak-lambak kat KK nih KFC), Pasar Filipina dan attraction sekeliling dengan KK. Tapi, saya tak mau laaa promote banyak2 hotel nih, sebab bagi saya, hotel nih tempat kami tidur waktu malam ja. Tak lebih dari itu.

Kereta sewa yang kami dapat sangat sangat sangat OHSEM! Boleh drift kat Kundasang. Lagipun kereta kami tu kereta SAGA FL (Auto 1.3) yang baru 20000km. Maka kondisi sangat-sangat elok. Bagi yang nak ke KK pastu nak pi Kundasang, disarankan sewa lah kereta yang elok dan jimat minyak. Tinggi wooooo jalan nak pi Kundasang, Ranau, Kaki Gunung Kinabalu tu. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat pulang. =)

Sewa kereta di Kota Kinabalu - RM100 sehari. (*untuk pengetahuan semua, harga ini sangat-sangat murah jika dibandingkan dengan harga yang lain, nak no? Roger laaa.)

Hari pertama (21/10/13)

Disebabkan percutian kali ini amat singkat dan memerlukan bajet yang sedikit, maka ini adalah rancangan yang telah saya rancang hasil dari pembacaan blog-blog yang lain.

Flight kami pukul 11 pg, tapi sedikit delayed, maka kami bertolak pukul 11.30, sampa di KK pukul 2 petang. Untuk pengetahuan rakan-rakan, penerbangan dari KL ke KK adalah selama 2 jam 30 minit. Maka, sesiapa yang ada gastrik tu, boleh la tempah makanan on9 atas flight sebelum berlepas. Kalau tak, kau tengok je lah orang makan sambil perut bernyanyi.

Sesampainya di KK, abang hensem kereta sewa tu pun menunggu dengan penuh harapan. Berlakulah urusan sewa-menyewa. Btw, kami bayar lump sum terus, so tak perlu nak letak-letak deposit, nak letak lesen, nak letak benda-benda renyah tu laaaa. Mungkin kerana kami merupakan gadis-gadis yang sopan, so abang tu pun percayaaaa. Hahaha.

Dapat je kereta, terus gerak ke Bilton Inn. Macam aii ckap. Park kat sabah nih sangat2 susah nak cari. So memusing depan Bilton Inn tu pun dah lama. Akhirnya selepas beround pusing. Dapat juga parking. Kami pun naik ke bilik dan check in.

Alhamdulillah, bilik kemas dan oklah untuk backpackers macam kami nih. Selepas isteri dan rehat. Kami bergegas gi kfc dekat hujung jalan Bilton Inn. Lapar tahap gila. Seterusnya, selepas makan. Kami gerak pulang ke hotel utk solat. Plan hari pertama adalah ke Pasar Filipina. Senang je nak cari pasar nih. Betul di hadapan La Meridien Hotel. Dekat situlah nak cari barang asli Sabah. Btw, jangan lupa tawar menawar tahap gila babi ea. Pasar itu dibuka dari pukul 8pg sehingga 8mlm. Tapi dont worry, depan pasar tu pung ada pasar malam. Ada gak barangan seperti mutiara. Bagi orang yang bajet kecil, saya cadangkan pergi tempat nih bila dekat-dekat nak balik. Kalau tak, bajet korang akan lari. Percayalah cakap beta.

Tangkapan di Pasar Filipina.


Setelah pusingpusing pasar, beli mutiara, beli kopi, beli seaweed, kami pulang balik ke hotel bcoz malam tu nak gi makan ngan uncle Alip a.k.a kawan ibu. Kami g makan dekat Likas, dekat ngn UMS. Kami makan area betul-betul tepi laut tu. Kedai yang ketiga. Tak ingat nama apa. Tapi kerabuuu seafood dia sangat sangat ohsem. Bajet untuk dua orang RM30. Ada lauk kerabu seafood, udang nestum dan ayam blackpepper. Overall makanan wa bagi 5 bintang dari 7. Very nice!! 


Akhirnya, kami pusing sehingga ke one borneo. Tengok dari luar je. Haaaa. KK nih tempat yang paling banyak roundabout. Dari sekecil2 tong sehinggalah sebesar2nya. Sila alert ye. Tambahan pula, dari pemerhatian, orang KK malas nak bagi signal dan main masuk je. Jadi bawa kereta banyak guna gerak hati. 

Hari Kedua (22/10/13)

Hari kedua bajet nak bangun kol 5 pagi, kol 6 bertolak gi kundasang. Sekali bangun kol 530. Bertolak kol 630. Awal2 tu, cari brekfes lu. Mcm biasa melantak kfc paling senang. Siap dapat mug free lagi. Then kitorg terusss gerak ke Kundasang. Perjalanan nak ke sana lebih kurang 2 jam, tapi sebab menyinggah, lama juga baru nak sampai. Our first destination Rumah Terbalik, ok, bagi yang student sila bawa kad matrik. Nanti dapat masuk RM10 n free chocolate shakeee. Yummy sangat. Rumah terbalik nih design dia amik dari sebiji rumah dkt Kota Belud. Pastu fmily nih ada anak yang nakal! Jadi terbalik abis laa rumah nih. Dongengnya camtulaaa. Kat rumah nih, dari keta sampailah ke peti ais, semua terbalik.. Sangat cantik, silalah pergi.


Seterusnya kami singgah Jambatan Gantung Tamparuli. Ok, sejarahnya, ada seorang gadis cantik kt pekan tu, pastu dia mati kena bunuh, kepala dia ditanam kat tiang pertama jambatan, thats why jambatan itu gagah berdiri walaupung ribut melanda. Keliling jambatan tu, ada pasar kat tamparuli nih. Masuk for free. 



Akhirnya, selepas melawat dua tempat itu, kami teruskan perjalanan ke kaki gunung Kinabalu. Otw tu, kami singgah dekat tempat memandang di Pekan Nabalu. Disebabkan berjimat, kami makan makanan yang kami tapaau kat KFC tadi. Dari situ, kita akan nampak puncak gunung Kinabalu kalau x berkabus or berawan. Tempat diaaaa sgt sejuk, nyaman sgt. Kat situ jugak ada pasar jual barangan kraftangan, kami tak singgah sebab berjimat kan. Haha. 

Puncak Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu.


Seterusnya, kami ke Kinabalu Park. Dari situlah mahu mendaki gunung Kinabalu. Bayaran masuk utk tempat ini. Seorang RM3. Tapi, dont worry. Tiket boleh guna utk masuk Poring Hot Spring. Perjalanan nak naik sehingga ke kaki gunung agak mencabar, if tembung kereta memang jatuh laa. Kat situ, ada satu kawasan yang membolehkan kita utk lihat Puncak gunung. Tapi disebabkan terlalu berkabus, kami tak nampak puncak gunung. Sobsobsob. Tapi alhamdulillah, kami dihiburkan dengan kehadiran tupaiii yang sangat manja. Tupai ni tak takut pun kat orang. Cute ok!



Selepas bermanja dengan tupai, kami terus gerak ke Desa Dairy Farm. Kiranya, jika turun Kinabalu Park tu, amik kiri. Straight je sampai nampak roundabout, amik kiri lagi. Yang menariknya DDF nih adalah suasananya macam dekat Switzerland. Terbaik dan lembu dia cute sangat. Susu kotak dia marvellous. Selamat tak leh bungkuih, kalau tak berbundle aku beli. Ok, bayaran masuk ke DDF nih adalah RM4 seorang. Harga susu kotak dia, 1/2 liter RM3.50 untuk susu coklat RM4. 







Sebolehnya dah habis bermanja dengan lembu dan kambing di DDF, kami bergerak ke Poring Hot Spring. Amik berkat je pun. Malas nak mandi sebab keletihan yang amat. Bagi sy, tiada apa yang menarik di Poring. Just ada air panas dan air sejuk. Kemudian setiap kali nak buat aktiviti, kena bayaq. So, takdalah wa nak buatkan. Apa yang kami buat di situ adalah membazir duit makan makanan yang tak sedap langsung dalam Poring tu. OMG. Sepinggan dua puluh hingget, tak termasuk tax. Maka abislah duit kitorang kat dalam tempat tu sahaja. Sedih, memang sedih tapi merasa la jugak kan nak makan yang grand. Puii.

Next, we oll bergerak pulang. Masa bergerak pulang tu, singgah solat kat sebuah surau di tengah2 kampung. Agak menakutkan tapi alhamdulillah. Tetap selamat. Apa yang best masa perjalanan pulang adalah aktiviti membelah awan. Gila kaaaa. Awan dan engkau sama taraf jek. Memang awan nano sangat. Kami terus pulang ke inn. Solat dan sambung makan di pasar Filipina. 

Makanan kat pasar Filipina tak yah cakap arrrr. Memang sedap dan fresh sangat. Kami makan sekor kerapu dan enam ekor sotong bakar, campur air bagai, RM30. Sedap dan berbaloi laaa. Lupa lak, ada order kerabu yang dari seaweed, laktut and hinova. Itu terbaik!! Alhamdulilah, usai makan, balik inn sebab terlalu mengantuk dan penat.

Hari terakhir 23/10/13

Apa yang menarik untuk hari terakhir ini adalah Island Hoping. Selepas aku mengoogle, kami deside nak pi Pulau Sapi berbanding Pulau yang lain. Pasai orang cakap pulau Sapi nih yang tercantik pada abad ini. Soooo, gerak lah ke Jesselton Point. Macam bisa, cari breakfast dulu. Isi perut. Breakfast kami mcD. Sesudah sampai JP, kami cari laaa kaunter yang paling murah, malas nak tawar, kami pi satu kaunter je. Dengan identiti sebagai pelajar, kami dapat kawtim ngan pemilik kaunter, harga pi pulau sapi campuq dengan cukai jeti campuq life jacket n google RM36.10.. Sangat berbaloi kot, tapi gua pun taktau kot2 dia kencing kat gua kan. Tapi memang harga tu gua dapat. Dok rasa murah daa. Haha. 

Bot kami pukul 9.45 katanya, ada lagi 20minit, lepak la lu, cari nasi walaupun dah ada bekal mcD. Order nak makan laaa. Sekali bot nak gerak dah, terpaksa bungkuih. Nasi goreng ayam sepinggan RM6. Perjalanan nak pi pulau sapi sangat ohsem. Gila melambung2. Sapa ada sakit pungkoq, sila bawak kusyen noo. Disebabkan kesalahan orang kat kaunter, tak pasal2 kami berjaya pi tiga2 pulau. Ngeh, bak kata penumpang lain, buy 1 get 3 free. Bestttt sangat! Xyah cakap laaaa. Air dia clearrrrr sangat. Perghh. Sangat2 amazed! 

Bayaran masuk pulau RM3. Tapi if ada order tiga2 pulau, bayar sekali tu je lah.. Pada awalnya, kami nak balik kol 1, tapi disebabkan pemandu tu takmau merugikan diri sendri, terpaksalah kami stay sampai pukul 3. Haish.. Tapi, pengala,an kat pulau Sapi sangat2 hebat. Subhanallah, memang cantik gila pulau sapi tu. Sapa ada camera underwater tu, sila bawak, tangkap gambaq banyak2. Konpem tak menyesal. Mu berenang sikittt ja, terus nampak batu karang. Nampak ikan. Umpama tengok smart TV channel National Georgraphy tuuu. Memang terbaik. Kemudahan pulau tu pun ok sangat. Ada tandas. Tapi, untuk nak berjimat cermat, bawa bawa laaaa makanan, pasai ampa terjun laut, naik ja mesti buloq. 







Selepas turun naik 4 kali, akhirnya, tamatlah sudah entry pasai pi KK nih. 

Overall, KK memang sangat best! 

Eh, lupa lak. Kami ada singgah muzium kopitiam, minum kopi botol. Oklah. Kopi Vietnam ohsem lagi, tak leh lawan. Dan kebersihan kedai itu kurang sikit. Ada tikus mondok melintas masa tengah gua makan. Aish. Kecewa sat. Muzium Kopitiam tu dekat ngan anderson clock tower. Betul2 dekat balai polis. Tak ingat pulak balai polis pa.

Kami terpaksa tambah RM50 utk sewa lebih masa kereta. Tapi oklah, dari melanguk kat airport awal2. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat. Dan duo trip ini sangat2 ohsem! 


Jarak


Monday 11 November 2013

Bukan Aku

Recently, asyik ulang lagu tasha manshahar nih ja. Mendalam. Dan sangat mendalam.

Saturday 12 October 2013

Ketam Telur Masin

Assalamualaikum.

Tetiba hari ini aku nak pos resepi Ketam Telur Masin yang aku buat hari itu. 
*ini gambar aku copy je. gambar masak hari tu aku tak amik pun. biasalah. telepong tak canggih.

okeh. aku masak guna ketam nipah. ketam nipah nih bukan ketam batu tau. 
*ok, ketam nipah sebelah kiri.. ketam batu sebelah kanan.
aku beli ketam nih dekat jln dari Kuala Perlis nak ke Sungai Baru. Harga rm20/kg. taktau la mahal ke idok. first time beli ketam ngan duit sendiri. hahaha. ok. bahan-bahan nak buat Ketam Telur Masin ini adalah

ketam
bawang putih
bawang merah
serai
cabai melaka
telur masin (yang tak rebus lagi no)
sos cili siam cap ayam
*nih sos tersebut.

okeh-okeh. cara nak masak dia senang sangat. semudah ABC. btw, anggaran nak masak tu, pandai-pandai la bajet sendiri, pasai aku nih style masak memang campak2 jaaa.

pertama sekali. goreng  ketam tu sampai masak.
asingkan.

then, tumis bawang merah, bawang putih, cabai melaka yang dah ditumbuk. *aku tumis ngan butter sebab nak bagi rasa butter tu. sedap ok. then, ketuk serai. masukkan. tumis2 sampai cabai masak, naik bau yang menyelerakan. masukkan sos siammmm cap ayam tu. if tadak boleh try sos lain, mak tak kesah nok. hahaha. 

kemudian, pecahkan telur masin dalam tu. okeh. anggaran dia camnih. sekilo ketam, dua biji telur masin. *untuk faktor-faktor keselamatan, silalah pecahkan telur dalam mangkuk lu, baru masuk dalam kuali, takut telur tu dah tak elokkan. nanti rosak semua masakan anda. 

after that, kacauuu kacau kacau. sampai telur masin hancur lam kuali tu. pastu bolehla masukkan ayaq/air/water untuk memastikan ada kuah. takmau kuah pun takpa. tak kesah. tapi berkuah lagi sedap. haha. 

akhir sekali, boleh la try masukkan daun limau purut, kalau ada, tadak pun ok. pastuuuu, ketam yang dah digoreng, boleh masukkan dalam kuah tu, takpun siram sahaja. then SIAP!!

InsyaAllah, masak dengan hati. semua makanan akan sedap. percayalaahhhh. =)

selamat mencuba. 

Syukur Allah sayang.